Pages

Followers

Saturday, June 23, 2012

Nyanyian alam bergemersik syahdu damai

Nyanyian alam bergemersik syahdu damai
bersemadi dalam dalam bayu dingin
nyaman menghirup udara segar 
kadang hati teringin untuk sebati
leka dalam kehijauan alam semesta
taksud dalam keindahan saujana
satu persatu ingin diselitkan dalam fikiran
hingga tak ingin ia luput dari ingatan
damai hati menerpa dan meresap jauh
semadikan dalam kepingan gambar hidup
buat memori kala usia larut senja
buat diri agar lebih menghargaiNya
buat hati tersentuh sayu dalam senyum
hingga mengundang titisan mutiara mata
begitu agung rasanya kala mengimbas lagi..

Malam berhias butiran kejora berkilauan

Malam berhias butiran kejora berkilauan
dalam kelam terpesona keindahannya
hebat melatari buana nan hitam pekat
dalam hati terdetik rasa syukur akannya
anugerahNya ditatapi semahu rasa
dalam2 menyimpan detik2 memori
mengimbas kenangan lalu nan pudar
mahu lena di bahu sang arjuna hati
dalam dakapan lembut menambat kasih
selamat malam teman..semoga esok terukir rasa cinta di hati lagi..berhias senyuman nan ayu..