Pages

Followers

Thursday, February 10, 2011

Bayi...

Saat paling indah buatku adalah mendengar tangisan pertama bayiku yang selama 9bulan berada dalam perutku. Sungguh besar ciptaanMu buatku..buat suamiku yang tercinta dan padaku serta si anak. Hanya rasa kesyukuran menghiasi bibir kami, hanya air mata syahdu dan kegembiraan menitis di pipiku. Kasih sayang yang kian mekar di sanubari kami. Ah..sungguh indah waktu itu walaupun nyawaku di hujung rambutku. Aku sudah buktikan pada diri ini dan suamiku akan kemampuanku sebagai wanita sempurna (tidak semua wanita bisa merasai pengalaman melahirkan anaknya). Aku bertuah kerana terpilih di antara jutaan wanita di muka bumi ini untuk merasai setiap detik mengendong dan melahirkan zuriatku...bayiku. Bukan mudah tapi aku gagahi juga demi tanda cinta kami. 

Ikatan yang tulus suci itu umpama keberkatan buatku malah pasangan yang sudah mendirikan mahligai impiannya. Itulah nikmat ikatan sah dari tiada ikatan sah. Takziah kuucapkan pada mereka tidak berupaya memiliki zuriatnya sendiri dan yang kehilangannya. Sebagai ibu aku amat mengerti akan keperitan itu...tanpa anak atau kehilangan anak bagaikan hilang separuh nyawa dan dunia tiada serinya lagi tanpanya. Aku berharap kamu bisa tabah menghadapinya. 

Aku jua berharap agar gadis-gadis sekaliannya menjaga diri mereka sebaik mungkin agar tidak melahirkan zuriat luar nikah kerana ia mengaibkan generasimu sendiri. Ingatlah pada agamamu, ingatlah wajah-wajah orang tuamu dan ingatlah aib yang harus kamu serta bayimu harus tanggung. Kembalilah ke pangkal jalan...janganlah kamu tambah dosamu dengan membuang atau membunuhnya. Wahai gadisku, anakmu jua berhak untuk menikmati kehidupannya walaupun tanpa sah tarafnya. Berikanlah sinar padanya dan pada mereka yang memerlukannya kerana aku yakin anakmu bisa membahagiakan hidup orang lain walaupun dia tidak mengenali kamu. Aku tahu rasa terseksa ditinggalkan sendirian dengan perut membusung akibat keterlanjuranmu menurut nafsu dan kata kekasihmu. Kehamilanmu tidak dapat disembunyikan lagi maka bertindaklah secara wajar dan waras. Pelbagai ikhtiar badan-badan tertentu dan kerajaan terhadap gadis-gadis yang hamil luar nikah, tidak cukup lagikah sumbangan itu? Cukuplah..hentikan kegilaan budaya seks bebas kamu dari sekarang. Semoga kita semua baik-baik saja dalam meniti kehidupan ini..