Pages

Followers

Sunday, April 29, 2012

Jika kau beri racun kutelan

Jika kau beri racun kutelan
jika kau paling kasih kuterima
jika aku salah betuli aku kasih
kerana hatiku tercipta untukmu
tiada erti pendendam dalam jiwa ini
sayangi daku selagi ada hayatku
cintai daku selagi bisa didakapi
renungi daku selagi bisa ditatapi
kuserah jiwa ragaku padamu
tulus suci hingga akhir hayat
aku ingin jadi angin agar bisa mendinginkanmu..mengelilingi di setiap nafasmu..

Jantung berdegup kencang

Jantung berdegup kencang
kala menggenggam tanganmu
merenung sepasang matamu
menatap bibirmu nan menguntum
meleret kelibat dirimu berlalu

ingin merangkul dirimu selalu
ingin mendengar bicaramu tertentu
ingin bersamamu hingga akhir zaman
ingin ada dalam jiwa ragamu

mohon dirimu merasai keinginan ini
merasai derauan degup jantungku
merasai hangat sejuk kasihku ini

Thursday, April 26, 2012

Hati lembut bak salju

Hati lembut bak salju putih mudah cair dek bahang dek keadaan..mahu jadi hati besi walaupun kemik tapi tetap utuh..tak ingin jadi hati batu lama2 berderai jua ia..ah..mudahnya hidup andai lara bisa lupus dari ingatan..bisa lebur dek keadaan.. namun ia jadi batu tanda yang terpahat di lubuk hati..memori itu bermain2 di benak seumur hidup..Ya Allah..redakan ledakan hatiku ini..kuatkan hatiku ini agar bisa bernafas dengan penuh kelegaan..dengan nyaman.

Monday, April 23, 2012

Filem aksi..

Filem aksi..lawan2..ada orang jahat dan baik memang seronok ditonton..filem perang tolak tepi..filem lucah jangan haraplah..filem lawak dan karton untuk gelak ketawa..filem romantik/cinta bagus jugak dilayan..aku layan semua filem antarabangsa walaupun tak faham apa yang mereka katakan..sekadar melihat dunia mereka dari filem saja..melihat baik buruknya sesuatu filem samalah menilai diri sendiri..

Mengambil kebaikannya buat teladan..mengambil keburukannya buat renungan..kita perlu belajar baik buruknya dan bukan sekadar hanya menontonnya sekadar hiburan walaupun ianya sememangnya sekadar hiburan. Bersama2 dengan anak2 dan mengajar mereka menilai melalui pemikiran mereka sendiri..sama2 bertukar2 pandangan..ia jua amat menyeronokkan kerana ada interaksi tanpa membedakan usia. Aku senang begitu..senang dengan waktu santai kami sekeluarga. Aku tak peduli akan kata orang lain mengenainya..

Melawan mata nan layu kuyu..m

Melawan mata nan layu kuyu..mahu lena tanpa gauman dengkurmu..otak tak mahu berhenti fikiri itu ini, diri sendiri, kamu, dia dan mereka..perjalanan hidup masih kelam di hadapan tak tahu apa akan terjadi di masa2 hadapan..mahu berserah saja tanpa kudrat tapi usaha itu harus..bagaimana bisa aku kosongkan fikiran ini..? Ingin santai dalam kelam malam dalam terik mentari.. berlagu di telinga..berbunga di hati..meruah di fikiran.. menari di jemari..mahu istirehat barang sebentar namun terasa tak bisa..terasa kosong tanpanya..ah..mungkin itu adalah anugerah buatku..menyinar dalam taman khayalan..

Memang enak melaknat

Memang enak melaknat dan mengeji orang..Kata2 kesat berbaloi apabila kena pada keadaan dan orangnya..Memang sedar diri tak sempurna tapi tak biadap tak kejam sesama insani..Tak bisa kawal kelat di hati dan kelancangan bicara bila ia menyentap rasa dan iman ini..Jangan pernah bilang Tuhan dan dunia ini kejam tapi yang sebenarnya manusialah yang kejam dan membinasakannya..Tegurlah daku andai aku tersesat dan tersasar tika berkata dalam alam maya ini..Jangan biari aku lemas dalam perasaan nista..Lewat kelam ini aku mengharap ada sinar buat diriku..kamu..dia dan mereka..semoga kita bisa baik2 saja pabila mentari tersenyum cantik buat kita kelak..Lena dalam ketenangan nan syahdu..

Jika aku ingin..

Jika aku ingin merasai kebahagian alam rumahtangga aku contohi kamu..jika aku ingin merasai damai di hatiku contohi kamu..jika aku ingin mahu jadi ibu dan isteri yang baik aku contohi kamu..jika aku ingin menjadi sahabat yang baik aku contohi kamu..jika aku ingin belajar sesuatu aku contohi kamu..jika ingin aku memasak aku contohi kamu..jika aku ingin jadi hambaNya yang solehah aku contohi kamu..jika aku ingin mencari inspirasi aku cari darimu..kamu memang hebat pada pandangan mata kacaku..di sini aku bebas untuk mencontohi kamu..terima kasih atas segalanya..

Sunday, April 22, 2012

Kisah hidup sendiri

Kisah hidup sendiri boleh dijadikan sebuah novel..senang mengolah di fikiran tapi sukar untuk menyatakan dalam lisan dalam nota..silap di sini sana hingga penat untuk memperbetulinya dan kadang bikin putus semangat..hanya penyabar kuat semangat, nekad dan yang berkebolehan dalam bidang penulisan saja bisa membukukan dengan baik barangkali..aku hanya bisa jadi pembacanya..

Dalam fikiran terpahat sebuah cerita..lara berpanjangan tak sudah..tak ingin mengingat tapi mana mungkin. Hadirnya membayangi seumur hidupku kerana aku sebahagian dari dirinya jua..mahu tak mahu pujuk hati rawat jiwa sendirian. Mahu ia terkubur di dasar hati saja tapi hati sudah senak membengkak hingga membuatkan aku lemah hingga separuh mati. Kezalimannya memahat pada parutan dan lubuk hatiku ini tapi apa dayaku untuk menyingkirkannya..berpinar2 otak memikirkannya.. teringatkannya..

Nama2 dan kata2 kejian tersembul seenaknya mengguris hatiku sedari kecil. Kecil2 aku sudah hadapi tekanan jiwa..kasihan aku..Namun aku tak salahkan takdir dan tak ingin memusuhinya..aku tak ingin dosa2 menebal pada diri ini..cukuplah dosa2 buatanku sendiri selama ini..hati ini tak harus ada sifat pendendam. Aku mahu tersenyum gembira dan bahagia. Aku cipta sendiri kebahagiaan2ku sendiri walaupun kerap disakiti..aku redha kerana kita semua tak sempurna dan mungkin aku salah. "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat jua" maka aku sedar kemungkinan2 aku tersilap dalam langkahku sendiri. Ah..biarlah keadaan itu reda sendiri, cuba berlaku sebaik mungkin. Selebihnya aku berserah padaMu yang Allah..berilah petunjuk dan hidayahMu..

Dalam hati takut untuk mengasihi

Dalam hati takut untuk mengasihi seseorang..takut kasih melebihi dari kasih pada Allah walaupun aku bukanlah seorang yang alim tapi punya hati untuk dikasihi dan mengasihi, itu normal bagi orang yang punya hati..takut itu sebenarnya wujud pabila terlihat bagaimana mereka terutama seorang isteri/suami kehilangan pasangannya ibubapa kehilangan anaknya akan kelesuan yang teramat sangat dalam sedu yang panjang..aku lihat anak2ku dan cuba kurangkan kasih sayang itu dari 100%..cuba kuatkan semangat menghadapi apajua keadaan dan takdir..mampukah aku tabah seperti mereka kelak..?!..

Kekadang ia berlaku disebabkan keadaan..kurang kasih sedari kecil menyukarkan aku untuk mengasihi orang lain sepenuh hati..sakit hati ini bila dikhianati..dinodai..dimusuhi..siapa aku untuk membencinya? Aku hanya mampu melinangkan air mataku di celah kaca mataku..mohon dia bisa menyayangi aku seperti anak yang lain jua.

Kaku tubuhku pabila orang lain bisa memelukku dengan penuh kasih dan ikhlas..maafkan daku kerana berkeadaan begitu.. aku tak biasa dipeluki dan dikasihi..kadang aku rasa perlakuan mulia itu membuatkan hatiku tambah parah..menangis lagi aku dalam hati..aku buang jauh2 rasa kelat di hati ini agar kalian tak tersedar akan parah hatiku dan keadaanku itu..maafkan daku..

Friday, April 20, 2012

Percuma

Sebut percuma semua orang mahukannya tapi barang percuma hanya boleh didapati jika membeli sesuatu barang, itupun mungkin sudah dikira keuntungannya sebelum disebut PERCUMA..Nak pembelajaran percuma umpama mimpi di siang harilah..tak mungkin wujud. Tak dinafikan kos pembelajaran memang tinggi dan kekadang tak berbaloi bila dapat kerja bergaji rendah dan kekadang tu tidak dapat kerja langsung jadi terpaksalah menganggur. Rezeki tak akan datang menggolek jadi kena usaha dari peringkat bawah dahulu..pengalaman bekerja memberi peluang yang lebih cerah di masa2 hadapan.

Aku sendiri tidak faham kenapa pembelajaran tinggi begitu hingga membebankan kebanyakkan keluarga yang berpendapatan sederhana dan miskin. Terlalu tinggi kos untuk segulung SIJIL hingga puluhan ribu mengikut kategori kursus dan sijil yang dipilih. Memang boleh diberikan biasiwa tapi sanggupkah kita dibelenggu hutang sebelum dapat kerja? Dapat atau tidak bekerja kita harus bayar hutang pembelajaran dan ditambah lagi dengan hutang akibat tuntuta hidup yang lain seperti kereta dan rumah. Itu adalah keperluan penting seseorang insan di dunia sahaja..Aku berkata bagi perkara yang rasional dari kaca mata tebalku ini..Jika anda berkemampuan maka anda tidak layak untuk menyangkal atau mencebik kata2ku ini kerana aku sendiri sedar tahap rezekiku sendiri, rezeki secupak jangan berangan segunung. Kena bijak ukur duit poket sendiri sebelum pasang angan, bimbang kelak dibelenggu hutang keliling pinggang..

Budaya kita

Budaya kita melambangkan kesopanan kita tapi kecewa dengan rancangan hiburan kini yang membariskan pengkritik yang hanya tahu PERASAN BAGUS..MULUT JAMBAN..kecut perut mendengar mereka berkata..tiada rasa rendah diri dan kesopanan..Tengok cermin tapi macam tengok bebayang saja..semoga mereka bisa berhemah dan bertatasusila dalam kerjaya mereka..jangan ikut 'trademark' barat kerana kita terkenal dengan adat dan adap.

Jangan cipta filem atau drama dengan kebiadapan dalam budaya kita khususnya bangsa MELAYU ketika berbahasa dan berkelakuan kerana bimbang ia akan mempengaruhi minda anak2 dan bangsa lain yang menontonnya. Cubalah bina hiburan itu dengan BAIK, terap nilai2 murni dan budaya kita sebagai warga MALAYSIA..

Sekadar pandanganku sahaja..

Selalu terperasan

Selalu terperasan orang melayu islam menyatakan AL FATIHAH dalam post berita2 on9 apabila ada kematian. Bacalah isiannya bukan hanya lihat pada tajuk dan mukadimahnya..kecualilah jika tiada nama si mati atau si mati adalah orang islam..alhamdulillah ada pihak tertentu akan menegur perbuatan mereka yang tidak prihatin atau sekadar membaca mukadimahnya sahaja..lagi satu kena faham atau tahu bezakan antara kes orang islam dan bukan islam...Allah dan hadis atau nasihat cara islam khas untuk orang islam jadi jangan campur-adukkannya..sekadar pandangan sahaja jadi berhati2lah dengan perkataan suci itu..

Thursday, April 19, 2012

Biasalah bila tiba PRU

Biasalah bila tiba PRU mesti jadi macam ini..sesama islam sesama melayu bergaduh pasal politik.. salahkah orang TIDAK mengundi..? rakyat nak UNDI AMAN..kita tak mahu mereka yang punya kuasa tabur fitnah atau saling menjatuhkan antara satu sama yang lain demi agenda mereka..yang kita mahu adalah agar mereka menggunakan kuasa mereka untuk menstabilkan harga barangan, minyak, kos hidup kita dan banyak lagi perkara penting yang harus mereka fikirkan dan lakukan termasuklah menangani isu masalah sosial atau jenayah...kita tahulah nak pilih yang mana kita suka jadi tak payah susah2 hasut itu ini..

Orang cina dan india sibuk majukan hidup, orang melayu sibuk majukan 'politik'..cakap pandai tak ada gunanya kalau dok takuk tu je..(hmmm..makan lagi bagus dari dengar orang sebelah meja dentam dentum cerita pasal politik..ada aku kisah der..jom mamam..). Sebenarnya aku rimas dengar bicara politik songsang semua parti yang ada di Malaysia..negara lain aku lagilah tak ambil kisah..Kadang2 dengar bicara politik membuatkan aku rasa tertekan dan kecewa..baik aku dengar ceramah agama atau ayat2 suci al-quran atau lagu2 romantik kesukaan aku..terbaik derr..

Tuesday, April 17, 2012

Aku jua tertanya2

Aku jua tertanya2..andai ada silap mohon dimaafi tapi jangan buang diri ini seperti remukan kertas di lantai..parah sukar diubati lagi tapi bisa sembuh dengan kesan parut nan hodoh.. namun hati ini tak petah memusuhi apatah lagi menyimpan dendam kesuma..rela dalam kepayahan..tak lokek untuk mengasihi buktinya sebesar mana silapnya aku terima dengan rasa keinsafan..mengertilah dan fahamilah diri ini yang serba naif..
Justeru ujian itu menginsafkan diri namun, adakah mereka jua insaf akan silapnya..jika sama2 saling memaafi dan kasih maka amanlah persada hati insani ini..tenang meredah denai berliku ini..kadang rasa tersungkur keletihan namun bangun dengan penuh kepayahan dan kesakitan dipukul pendosa yang tidak menghargai kasih ini..ah..tetap kupohon ke hadratNya..limpahi hatinya jua keberkatan..
Menguntum senyuman di hati berulam kelam..dasar hati lembut dilumat halus semahu kehendaknya..ego beraja dibenaknya sukar mengikis rasa insani..namun kasih tak tergugat dek rentaknya kerana tahu Allah sentiasa di sisi diri ini..dalam redha mencipta bahagia sendiri..hebat begitu dari mengharap kasih tak kunjung tiba.. berangan tak sudah..

Friday, April 13, 2012

Jangan biar jiwa lesu...

Jangan biar jiwa lesu di balik usia terbit senja..walaupun usia kian meningkat namun jangan hilangkan rasa cinta dan kasih..berdendanglah dengan lagu2 ceria bersulam kasih di sisinya..jangan suram bak bunga nan layu di gagangnya..harus seimbang antara Dia dan insani..jangan paling usia senja menongkat muda kelak mudarat diri..biar seimbang jangan tumbang dalam sempadan nafsu...sewajarnyalah kala begini kita sudah petah untuk menilai dan berfikiran matang..bedakannya dengan sebaik mungkin kerana kita tahu kita tidak sesempurna manapun.. adakala alpa jua berhulu di benak..lumrah hidup kita cuma INSAN BIASA..

Ingin santai

Ingin santai di balik pepohon nan menghijau..dihembus angin pagi nan dingin.. disinari mentari nan berseri... membasahi diri dengan deruan air terjun nan jernih..lewat pagi menghirup udara nan segar sambil meneguk secawan milo di sampingnya..mohon ia jadi realiti suatu hari nanti.. menyegar dalam rimbunan bebunga nan cantik segar..mega dalam kasihnya..lupakan sejenak suram bertandang..nikmatilah syurga dunia..anugerah illahi..

Assalamualaikum...

.. Assalamualaikum..selamat sejahtera buat para sahabat2ku...

Mari kita bersama2 merenung dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini..segarkan minda ceriakan pancaindera kita...susurilah jejak langkah ini dengan lapang dada...nyaman dalam liku2nya..membasahi diri dengan keringat dan embun pagi..bersatu dengan suara alam dan lupakan semak samuk dalam fikiran

Wednesday, April 11, 2012

Buat suamiku

Buat suamiku, terima kasih kerana sudi memilihku menjadi surimu..aku sedar diri ini tidaklah sebaik mana dan serba kekurangan segalanya.. namun yang pasti (jika Allah izinkan) aku akan ada di sisimu hingga akhir hayat ini..terima kasih yang tidak terhingga kerana ada di sisiku kala aku melahirkan zuriatmu dan sakitku..Namun kupinta jangan dustai aku lagi..aku tidak cukup kuat untuk itu..bukan aku bodoh mempertahankan kasih ini tapi aku tidak mahu kau tersasar dari landasan agama..tahukah olehmu betapa besarnya pengorbanan yang aku lakukan untukmu..?! aku tak harap balasan harta benda tapi cuma kasih dan kesetiaanmu..aku sudah letih menangis tiap kali kau dustai aku..jangan biar api cintaku padam buat selamanya..aku sentiasa kasih padamu walaupun hati parah disakiti namun kupohon CUKUPLAH..

Semasa bujang...



Semasa bujang memang kita banyak pilihan..berkawan seberapa ramai yang boleh tapi bila hati sudah tertawan hanya padanya kasih bertaut lalu mengikat tali pernikahan..setelah bernikah kita tiada pilihan melainkan menghadapinya dengan sedaya upaya yang boleh..menerima segala kekurangannya dengan pasrah..kadang meresah diri kadang memakan diri namun apakan daya kerana itulah takdir diri..kadang tak tertahan jua rasa di hati lalu meledak bak lava gunung berapi..jika boleh sedaya upaya elakkan dari sengketa.. sakit hati bila bercakaran kerana sesuatu hal tapi itu pasti jua terjadi walaupun remeh saja halnya..dari remeh boleh menjadi parah hingga ditinggali..mahu tak mahu kena cari waktu damai agar ia tidak berlarutan..lumrah perkahwinan..ada kala sedap ada kala tawar..senyumlah walau sebesar manapun masalahnya kerana tidak molek diketahui oleh orang lain..

Membaca berita...

Membaca berita tentang kekejaman manusia sesama manusia amat menyedihkan.. menunjukkan kuasa pada yang lemah tanpa belas kasihan sungguh tidak berperikemanusiaan langsung..tidak tahu di mana letaknya aras pemikiran mereka ketika mendera atau menganiaya mangsanya.. apa sebenarnya masalah mereka hingga sanggup bertindak di luar batasan.. tertanya2 apakah mereka tidak fikirkah akan perbuatan mereka itu salah..kejam..Marah tanpa bersalah..semoga mereka insaf dan tidak mengulangi kesilapannya itu lagi..

A ♥ CWK

Melihat gambar anak2..

Melihat gambar anak2 semasa bayi membuatkan aku rindu saat itu..terlalu cepat masa berlalu.. sambil membelek gambar tu bersama anak bongsu lalu dia memuncungkan mulutnya kerana gambarnya tiada di samping kakak2 maka aku memberitahunya "kamu belum diciptakan ketika itu" dan meleretlah pertanyaannya... Setiap anak adalah pembaharuan dalam hidup kita, sebagai ibu kita dapat mengenali insan itu dengan penuh kasih sayang..hanya insan2 yang bertuah bisa merasai pengalaman itu dan aku simpati pada mereka yang tidak merasainya..aku jua rasa terkilan bila ada yang tidak menghargai anaknya.. hargailah keluarga kita selagi ada hayat..saling lengkap-melengkapi dan memahami..

A ♥ CWK

Awak2..

Awak2..jangan ingat saya tak ada masalah..saya suka simpan masalah saya dalam kotak hati..bila kotak hati saya penuh, saya akan buka dan berikan isinya pada kawan2 baik saya..sebenarnya saya malu nak beri "isi" tu pada kawan2 baik saya kerana saya bimbang saya ni menyusahkan mereka saja..apapun saya sangat2 berterima kasih punya kawan2 yang baik seperti awak..sayang awak semua..terima kasih atas segalanya..rahsiaku rahsiamu..rahsiamu rahsiaku jua..cewaahhh..terbaekkk..

A ♥ CWK

Jangan lelah...

Jangan lelah menjengah hatiku..kerana aku sentiasa munasabahkan diri ini..tak ingin melihat cela orang kerana diri ini terpalit cela dan khilaf..sedar diri ini di tahap mana kerana itulah suratan takdir diri ini namun tak pernah aku menyesal akannya..biar aku sendiri mendakap diri ini mencari sinar agar aku bisa melihat jelas alam ini..biar bergelumang dengan rasa nista namun aku tahu betapa aku jelik pada pandangan sesetengah orang..ah..tak mengapalah kerana aku tahu akan diri ini..sedar dari lamunan lalu pergi jauh merawat lara ini..

Notaku : 11/4/2012

Mencari ilham...

Mencari ilham bukan susah kerana Dia telah nyatakan secara zahir dan batiniah.. buka mata dan fikirlah setiap sudut kehidupan kita ini..ia ada pada diri sendiri..kadang ia terpapar kala kita membuka mata ketika bangun dari tidur..menutup mata ketika tidur hingga dibuai mimpi..indah kejadianNya namun adakah kita SEDAR..?! kadang teralpa jua namun jika ada kesempatan renung2kanlah..silap itu mainan diri dan harus diperbetulkan apabila tersedar.. itulah nasihatku buat diriku sendiri....Pujuk hati agar lebih bersemangat setiap waktu.. istirehat kala lelah datang menerpa kerana diri tidak kuat senantiasanya.. menangislah semahunya kala sedih terbuku di hati kerana terasa lega kala melepasinya..ibaratkanlah diri sendiri dengan apajua perkara pun namun aku cuma tahu diri ini bukan hakku tapi Dia yang mahu agung..sedaya cuba padam silap sendiri..

Notaku

Jangan khianati...

Jangan khianati pasangan sendiri atas apajua kesilapannya kerana ketidaksempurnaannya ada pada diri kita jua..memang seronok dan mengasyikkan dibuai rasa maksiat kerana dibisik manis dek syaitan..jika tidak mahu ikatan kasih berantakkan kembalilah ke pangkal jalan kerana ia dapat diperbaiki andai ada hati..andai mahu bahagia..andai ada kesal atas salah laku..nasib tak akan berubah jika tiada usaha sendiri dan selebihnya biarkan Dia tentukannya..merawat hati nan terluka bukan mudah tapi tak mustahil jika ada ikhlas dan jangan kekok untuk pinta MAAF penuh keinsafan dan kasih...maaf itu ada pelbagainya jua tapi cuma 1, jangan ulang silap dan minta maaf tanpa rasa kesal..bimbang TIADA MAAF lagi buatmu..insan bukan para anbia harus ingat itu..jangan ada sesal tak sudah bila kasih terlerai di tengah jalan..TAKDIR..

Notaku : 11/4/2012

Jangan cebik pada hati tua...

Jangan cebik pada hati tua berkata puitis di lamannya..itulah dirinya dari azali dan itu adalah anugerah illahi pada dirinya..dirinya gembira dengan apa yang dia lakukan tapi bagaimana pula diri si pencebik..jangan sangkal apa yang tersirat dan tersurat d sebalik kata2nya kerana itulah yang dirinya rasakan dan fikiri..1 bahagian untuk Dia, 1 bahagian buat suaminya, 1 bahagian buat anak2nya, 1 bahagian buat teman2nya dan 1 bahagian buat dirinya sendiri..apabila diri berada di tahap akhir maka dirinya berhak menggembirakan dirinya tanpa sesiapapun perlu menyangkalkannya.. jangan mencebiknya lagi..sama2 "hidup" dengan lapang dada sementara ada hayat dikandung badan..

Notaku : 11/4/2012

Untuk menjadi...

Untuk menjadi sahabatku tiada syarat tapi janganlah menyakiti hati ini..walaupun disakiti aku tetap memaafimu kerana aku tidak mahu ada dendam dalam hati ini.. cukuplah kau mengucapkan kata MAAF..Untuk menjadi teman sehidupku tiada syarat jua tapi janganlah dustai hati ini..walaupun didustai aku tetap menerimamu kerana aku tidak mahu ada sesal dalam hati ini..cukuplah kau mengucapkan kata SAYANG..aku tahu kita semua tidak sempurna namun hati ini bukan sekeras batu.. rentak jua ia..rentak sukar diperbetuli lagi namun aku sudah terbiasa dengan segalanya lalu aku pasrah akannya.. aku bimbang aku jadi JAHAT jika aku tidak pasrah..biar ketentuanNya, masa dan keadaan merawat segala kesakitan hati kita..

Notaku : 11/4/2012

Bila laptopku on..

Bila laptopku on, mataku melilau mencari khazanah yang pada pemikiranku tidak terjangkau olehku sebelum ini..betapa luas ilmu yang boleh kupelajari yang selama ini tidak pernah kudapati..bukan dunia hiburan menjadi perhatianku bukan kemaksiatan menjadi tarikanku tapi ia tetap jua menyelit di sebalik kemolekkan yang aku damparkan.. tak tahu bagaimana ada insan yang sanggup mencela diri dan laman ini dengan perkara2 begitu..mahu tak mahu aku terpalit dosa jua, mohon Allah ampuni daku, kamu dan dia..dalam laman sesawang yang terbentang luas bak permaidani langit hitam pekak dan dihiasi dengan jutaan bintang2 di langit membuat aku sesak mencari sesuatu keinginan..kemajuan..kefahaman..yang pasti aku bisa tersenyum lagi dengannya.

Notaku : 11/4/2012