Monday, May 28, 2012
Sunday, May 27, 2012
Entah kenapa ada rasa ini
genggaman terasa sepi tiada kasih
kucuba menggenggam sekuta hati
kucuba merasai aura cinta ini
terasa terhakis tertanya pada diri
mungkin ia terhakis dek keadaan
keadaan yang kurang menyenangkan
yang menggugat rasa kepercayaan
rasa cinta suci selama ini berkasih
mungkin aku tersalah tafsir
namun kutetap menggeggam ia
genggam kerana inilah jodohku
inilah ketentuan buat diriku
aku pasrah akannya kerana kamu
aku tak mahu lagi ada kelam
aku lalikan diri akannya demimu
Saturday, May 26, 2012
Jangan ludahi tikar mengkuang ini
walaupun tak semahal permaidani
ia berguna buat alas pinggul
walau tak lembut bebenangnya
ia lasak tanpa mengira keadaan
walau tak cantik sulamannya
ia tetap unik dengan caranya
malah mudah dikibar kala kotor
ringan untuk dijinjing di bahu
digulung sekemas-kemasnya
tetap jadi pilihan walau di mana
jangan megah dengan permaidani
aku cuma tikar menngkuang antik...
Menongkah metafora kritis mengundang kabur
ada pengertian perlu ketelitian nan mendalam
ada yang mengerti ada tidak memahaminya
mengamit syahdu sendirian di laman sepi
menyulam baitnya dari kupasan isi hati
santai minda meredah arus kehidupan
merenung dalam khazanah alam nan indah
mengagumi ciptaaanNya menilai buatan kita
ciptaNya tak terjangkau dek akal akannya
buatan manusia bikin kagum kosong
namun itulah keindahan dalam hidup
selamat beristirehat..hati2 tika di jalanraya..
Tuesday, May 22, 2012
Adakala kita perlu "bodoh"
Laman alam maya ini
Diri kita mencerminkan...
Jangan kita huru-hara hari kita...
Renungilah alam ini
Jangan sesekali kita sakiti hati orang
Hidup ini memang beranjau
Friday, May 11, 2012
Jangan lihat matanya
sayang tak perlu wang
cinta tak perlu dikata saban waktu
sudilah kahwiniku dengan tulusmu
dakaplah daku untuk disayang
cintai daku dengan renunganmu
kerana itulah cara aku memcintaimu
sampai mati ingin aku mencintaimu
jangan pernah curangi kesetianku
jangan sakiti hatiku dengan jelekmu
kerana aku selalu cuba baik padamu
Jangan tersungkur dibuai rasa
harus kuatkan semangat diri..
mampukah aku begitu saban waktu..?
kadang terasa ranap jiwa ini
namun aku perbodohkan diri
ah..pasti esok baik2 saja hendaknya
buat penyedap hati pemujuk jiwa
aku sudah lali tapi ada riak ralat
ralat yang membuatkan tawar hati
rasa ingin lenyap di balik awan
pergi bersama deruan bayu..
Saturday, May 5, 2012
Tersentuh hati kala menyentuhmu
halus lembut si kecil comel sahaja
berbau harum menggamit geram
geram pada kecomelanmu
geram pada keletah lucumu
geram itu bukan api amarah
geram tanda sayang teramat
geram mahu menggomolmu
mencubit kegebuan pipimu
menggenggam tangan kecilmu
mendukungmu sekerap mungkin
mendakapmu penuh manja
galak mengacap denganmu
girang melihat senyumanmu
ah..indahnya saat itu sayang..
anugerah ini begitu agung
agung buat hati seorang ibu
kebanggaan buat seorang ayah
setiap detik begitu bermakna
menjadi sebuah keluarga bahagia
syukur limpah kurniaMu ya Allah..
Sayang..
Bila berkata benar...
Friday, May 4, 2012
Ada iman hidup bermakna
Jangan biar hati tak petah
empunya hati harus lali
lali mengawalnya sebaiknya
mahu baik jadilah ia baik
mahu nista jadilah ia nista
menjadi baik bisa tenang
menjadi nista bisa kelam
namun silap itu pasti ada
namun bisa diperbetulkan
tanyalah pada diri hati berdetik
jangan didik diri di ambang ego
jangan didik diri hilang tujuan
didiklah hati dan diri agar molek
semoga dikasihi dan diberkati...
Bersama deruan bayu dingin
Bulan dan bintang menghias langit
Subscribe to:
Posts (Atom)











