Wanita yang selalu yakin, ada sifat mudah berjenaka, penampilan menarik dan tidak bergantung kepada lelaki adalah antara ciri wanita yang digemari lelaki. Pasangan lawan jenis itu akan selalu mencari-cari sifat begini pada teman wanita mereka, pada isteri dan rakan sepejabat atau teman luar pejabat. Dalam empat ciri ini apakah ada salah satunya dimiliki oleh pasangan kita? Jika keempat-empat sifat ini ada pada pasangan, anda sudah dikira beruntung. Wanita yang mempunyai keyakinan yang tinggi, bijak dan pantas bertindak akan memudahkan banyak urusan.
Saturday, March 24, 2012
Drebar teksi jujur dapat RM19,200
17.3.2012
BANGKOK: Seorang pemandu teksi Thailand semalam memulangkan 8.2 kilogram perhiasan emas bernilai AS$410,000 (RM1.2 juta) kepada pemiliknya selepas ia tertinggal di dalam keretanya tiga hari lalu, kata polis. Saksri Ketsrikaew, 56, berkata dia meluangkan masa dua hari memandu di sekitar Bangkok mencari pemilik perhiasan itu.

4 jam terpaku di lantai
22.3.2012
LONDON: Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumah kira-kira empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menusuk tangannya secara tidak sengaja. Alan Williams, 46, sedang cuba membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik tiba-tiba. Nasib Williams menjadi lebih malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.

Gadis setinggan jual rambut RM17,000
22.3.2012
BRASILIA: Seorang gadis yang hidup di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir. Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya.

Terkejut putih telur berwarna biru
Oleh RAIHAM MOHD SANUSI
24 Mac 2012
KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan. Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata,dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Tuesday, March 20, 2012
Cerita Baru
Hari ini aku mulai dengan Bismillahirrahmanirrahim..dengan rasa tawaduk aku limpahkan sekelumit bicara dariku mahupun dada akhbar buat renungan diri sendiri. Lewat usia ini aku sering mengingati akan diri ini dan memohon limpah kurnia Allah padaku agar aku bisa ngaji Al-Quran dengan baik mengerjakan solat dengan betul..aku tidak mahu ambil pusing akan si polan si polan kerana aku bimbang aku tak punya masa untuk ibadat itu dan aku tidak tersasar dalam gelora kehidupan yang fana ini. Aku tidak peduli apa pandangan zahiriah orang pada diriku kerana aku sudah cukup terseksa dengan kealpaanku sendiri..jangan nilaii atau hukum aku andai kamu cuma manusia biasa seperti aku..yang aku mahu adalah sokongan bukan cemuhan..semoga kita sama2 beroleh taufik dan hidayah dari Allah swt..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)